Negeri Louisiana mempunyai 22 taman negeri yang ditadbir urus oleh Pejabat Leftenan Gabenor, satu divisyen bagi Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan Louisiana.[1] Sistem taman negeri Louisiana bermula pada 1934 apabila negeri meluluskan undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjaya Taman Negeri Louisiana.[2] Pada 1952, undang-undang tersebut memperluas peranan suruhanjaya itu seperti pembangunan program dan sumber rekreasi luar. Suruhanjaya itu dinamakan semula kepada Suruhanjaya Taman Negeri dan Rekreasi Louisiana.[2] Pada 1977, Pejabat Taman Negeri ditubuhkan di bawah Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan.[2]

Selepas Suruhanjaya Taman Negeri Louisiana dibentuk pada 1934, tujuh tapak diperoleh untuk digunakan sebagai taman negeri. Ketika Perang Dunia II, kadar pemerolehan taman-taman baru berkurangan dengan penambahan hanya satu tapak baru, Taman Negeri Sam Houston Jones pada 1944. Pada 1966, Perkhidmatan Taman Negara mengkaji semula sistem taman negeri Louisiana dan memberi banyak saranan, yang membawa kepada garis panduan dan keperluan tertentu untuk taman negeri.[3] Dari semasa ke semasa, banyak taman negeri yang tidak memenuhi garis panduan ini telah dikelaskan semula sebagai tapak bersejarah negeri atau diserahkan kepada badan-badan tempatan atau negeri. Beberapa taman ini termasuklah Lac des Allemands, Bayou Saline dan Tasik Hitam.[4] Ketika 1970-an, pengurusan pemerintah taman negeri telah distruktur semula. Pejabat Taman Negeri ditubuhkan dan dua taman baru diperoleh. Dari tahun 1995 hingga 2009, AS$80 juta dilaburkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan baru atau menaik taraf kemudahan sedia ada.[2]

Taman-taman negeri di Louisiana dipilih berdasarkan kriteria di mana ia mestilah kawasan semula jadi dengan nilai pemandangan yang unik dan luar biasa.[3] Kebanyakan taman negeri juga mempunyai kepentingan bersejarah atau saintifik. Contohnya, Taman Negeri Chemin-A-Haut dijadikan laluan yang digunakan oleh orang asli Amerika ketika penghijrahan bermusim.[5] Taman-taman negeri Louisiana mempunyai banyak akomodasi seperti kabin untuk bermalam, boat sewa, lawatan berpandu harian dan tempat untuk memancing. Pada 2002, taman-taman negeri ini telah dilawati lebih daripada dua juta pengunjung.[2] Dengan penambahan Taman Negeri Pulau Palmetto pada 2010, taman-taman negeri Louisiana terdiri daripada lebih daripada 30,000 ekar (121.41 km2) tanah.

Senarai taman terkini

Nama taman   Kariah   Keluasan   Tahun ditubuhkan Catatan   Gambar
Taman Negeri Bayou Segnette Jefferson &&&&&&&&&&&&0676.&&&&&0676 ekar (274 hektar)[6] 1987[7] Menampilkan kolam ombak dengan kapasiti sehingga 400 orang bergantung kepada jumlah kakitangan penyelamat.[8]
Khemah kelabu dinaikkan di kawasan lapang Taman Negeri Bayou Segnette
Taman Negeri Bogue Chitto Washington &&&&&&&&&&&01786.&&&&&01,786 ekar (723 hektar)[9] 2010[10] Taman Negeri Bogue Chitto, disebut bo–guh chit–uh,[11] mempunyai denai ekuestrian sepanjang 14 batu (23 km) dengan permulaan denai terletak berdekatan Gua Fricke's.[9]
Kerusi-kerusi pantai di sepanjang sungai di Taman Negeri Bogue Chitto
Taman Negeri Chemin-A-Haut Morehouse &&&&&&&&&&&&0503.&&&&&0503 ekar (204 hektar)[5] 1935[12] Taman ini direka bentuk supaya sesuai untuk kanak-kanak dan ia mempunyai dua taman permainan di kawasan guna harian.[5]
Kanu yang diikat pada tiang di Taman Negeri Chemin-A-Haut
Taman Negeri Chicot Evangeline &&&&&&&&&&&06400.&&&&&06,400 ekar (2,590 hektar)[13][14] 1939[12] Arboretum Negeri Louisiana yang terletak di taman negeri ini mempunyai hutan bicmagnolia matang.[14]
Taman Negeri Cypremort Point St. Mary &&&&&&&&&&&&0185.&&&&&0185 ekar (75 hektar)[13][15] 1970[16] Kebanyakan kawasan taman berada pada rentangan sepanjang setengah batu di pantai buatan.[15]
Pavilion luar di atas rumput
Taman Negeri Fairview-Riverside St. Tammany &&&&&&&&&&&&&098.&&&&&098 ekar (40 hektar)[17] 1962[18] Rumah Otis, disenaraikan dalam Pendaftar Tempat Bersejarah Kebangsaan terletak di taman ini.[18]
Rumah ladang dua tingkat berwarna kuning muda
Taman Negeri Fontainebleau St. Tammany &&&&&&&&&&&02800.&&&&&02,800 ekar (1,133 hektar)[19] 1942[20] Taman ini suatu ketika dahulu merupakan tapak peladangan tebu dan tempat pembuatan bata yang diuruskan oleh Bernard de Marigny.[19]
Matahari terbenam di Tasik Pontchartrain
Taman Negeri Grand Isle Jefferson &&&&&&&&&&&&0140.&&&&&0140 ekar (57 hektar)[21] 1968[22][23] Taman Negeri Grand Isle adalah satu-satunya pantai yang dimiliki dan dikendalikan pihak negeri di pesisir teluk Louisiana.[24]
Tambangan yang menganjur ke Teluk Mexico
Taman Negeri Jimmie Davis Jackson &&&&&&&&&&&&0294.&&&&&0294 ekar (119 hektar)[25] 1996[26] Kebanyakan ikan bass yang ditangkap di Louisiana adalah di Takungan Tasik Caney Lake yang berada di taman ini.[27] Setakat 2010, ikan bass terbesar dari Louisiana ditangkap di Tasik Caney.[28]
Dua orang bebayang memancing di atas bot
Taman Negeri Kebun Hodges Sabine &&&&&&&&&&&&0700.&&&&&0700 ekar (283 hektar)[29] 1956[29] Asalnya merupakan kawasan persendirian milik A. J. Hodges, taman ini mempunyai tasik buatan seluas 225 ekar yang dibina pada 1954.[29]
Kolam kecil yang dikelilingi dengan kehijauan
Taman Negeri Pulau Palmetto Vermilion &&&&&&&&&&&01299.&&&&&01,299 ekar (526 hektar)[30] 2010[30] Kompleks pusat pengunjung terdiri daripada taman permainan air dan rumah mandi.[31]
Gambar tasik dengan pohon dorman di belakang
Taman Negeri St. Bernard St. Bernard &&&&&&&&&&&&0358.&&&&&0358 ekar (145 hektar)[32] 1971[33] Satu perniagaan keluarga tempatan telah menyumbang tanah untuk taman ini kepada pihak negeri Louisiana pada 1971.[33]
Bangunan pusat berwarna perang bata
Taman Negeri Sam Houston Jones Calcasieu &&&&&&&&&&&01087.&&&&&01,087 ekar (440 hektar)[34] 1944[12] Taman ini terletak di utara kawasan di mana burung paling banyak boleh diperhatikan di Louisiana. Pada waktu-waktu tertentu, hampir 200 spesies burung boleh dilihat di dalam jarak 30 batu (48 km).[34]
Pokok sipres di paya
Taman Negeri Takungan Poverty Point Richland &&&&&&&&&&&02700.&&&&&02,700 ekar (1,093 hektar)[35] 2005[36] Disebabkan jumlah beruang yang banyak, bekas kalis beruang disediakan di merata taman.[37]
Lori yang menyokong bot untuk diletakkan di atas air
Taman Negeri Tasik Bistineau Webster &&&&&&&&&&&&0750.&&&&&0750 ekar (304 hektar)[38][13] 1938[39] Taman Negeri Tasik Bistineau ialah taman negeri pertama di Louisiana yang menampung orang Afrika Amerika, bermula pada tahun 1956. Dua kawasan berasingan merupakan artifak sifat taman yang dipisahkan pada masa itu.[40]
Pokok sipres yang dilitupi dengan lumut
Taman Negeri Tasik Bruin Tensas &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 ekar (21 hektar)[41] 1956[42] Taman Negeri Tasik Bruin pada asalnya ditubuhkan pada 1928 sebagai tempat penetasan ikan.[43]
Kawasan teduh bersebelahan tambangan kecil
Kawasan teduh bersebelahan tambangan kecil
Taman Negeri Tasik Claiborne Claiborne &&&&&&&&&&&&0643.&&&&&0643 ekar (260 hektar)[44] 1974[45] Taman Negeri Tasik Claiborne terletak di, tetapi tidak termasuk, Tasik, tarikan utama ke taman ini. Apabila aras takungan penuh, Tasik Claiborne mempunyai luas permukaan 6,400 ekar (2,590 hektar).[46]
Tambangan yang menganjur keluar ke kawasan paya
Taman Negeri Tasik D'Arbonne Union &&&&&&&&&&&&0655.&&&&&0655 ekar (265 hektar)[47] 1967[48] Taman Negeri Tasik D'Arbonne menawarkan golf cakera. Padang golf berada berdekatan dengan kem kumpulan.[47]
Seorang penyelamat melihat orang berenang di dalam kolam
Taman Negeri Tasik Fausse Pointe Iberia dan St. Martin &&&&&&&&&&&06000.&&&&&06,000 ekar (2,428 hektar)[49] 1987[7] Tapak ini pernah menjadi sebahagian daripada Lembangan Atchafalaya dan tanah sekelilingnya pernah menjadi tempat tinggal kepada orang asli Amerika Chitimacha.[49]
Dasar rawa yang telah kering
Taman Negeri Tickfaw Livingston &&&&&&&&&&&01200.&&&&&01,200 ekar (486 hektar)[50] 1999[50] Taman Negeri Tickfaw mengandungi empat ekosistem berbeza: rawa sipres/tupelo, hutan kayu keras baruh, hutan campur pain/kayu keras,[51] dan sungai Tickfaw.
Anak air kecil di hutan pokok sipres
Taman Negeri Toledo Bend Selatan Vernon &&&&&&&&&&&01000.&&&&&01,000 ekar (405 hektar)[52] 2004[52] Taman Negeri Toledo Bend Selatan merupakan tapak sarang burung helang botak, yang memakan ikan-ikan air tawar seperti bass bermulut besar, ikan duri, brim dan kerakap putih.[52]
Pusat pelawat yang dikelilingi oleh pohon pain
Taman Negeri Toledo Bend Utara Sabine &&&&&&&&&&&&0900.&&&&&0900 ekar (364 hektar)[53][54] 1987[55] Taman ini terletak di Takungan Toledo Bend,[53] takungan ke-5 terbesar di Amerika Syarikat mengikut luas permukaan.[56]
Kenderaan rekreasi dengan cahaya parti di kawasan luar

Nama lain taman terkini

Berikut ialah nama-nama lama atau gantian yang berlainan bagi taman negeri Louisiana yang terkini.

Nama lama atau alternatif   Kariah   Tarikh nama diubah   Nama taman terkini    Catatan   
Taman Negeri Tasik Caruk Caney Jackson 2003[57] Taman Negeri Jimmie Davis Taman ini terletak di Takungan Tasik Caney, yang dibangunkan dengan mengempang Caruk Caney pada 1986.[57]
Taman Tepi Jalan Tasik Bruin Tensas 1962 Taman Negeri Tasik Bruin Pada mulanya hanya sebuah taman, tetapi ketika diwartakan sebagai taman negeri, namanya telah diubah.
Taman Negeri Sam Houston Calcasieu Taman Negeri Sam Houston Jones Pada asalnya dinamakan sempena Sam Houston, tetapi dinamakan semula bagi menghormati Sam Houston Jones, Gabenor Louisiana ke-46.[34]
Taman Negeri dan Pemuliharanaan Simpanan Tchefuncte St. Tammany Taman Negeri Fontainebleau Tanah taman ini asalnya dimiliki oleh Bernard de Marigny, yang memanggil kawasan itu sebagai Fontainebleau sempena nama hutan di Paris beliau kagumi.[20] Apabila diwartakan sebagai taman negeri, Gabenor Richard W. Leche menamakannya sebagai Taman Negeri dan Pemuliharanaan Simpanan Tchefuncte, yang kemudiannya ditukar kepada Fontainebleau.

Rujukan

  1. ^ "Louisiana State Parks". Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan Louisiana. 2011. Dicapai pada 21 Mac 2011.
  2. ^ a b c d e Historical Overview of LA State Parks System. Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan Louisiana. 2009.
  3. ^ a b Louisiana State Parks Plan, 1975-1990–Master Plan for Improvements to the State Parks System. Institut Penyelidikan Teluk Selatan. 1973.
  4. ^ State of Louisiana comprehensive outdoor recreation plan–1970-1975. Suruhanjaya Taman Negeri dan Rekreasi Louisiana. 1971.
  5. ^ a b c "Chemin-A-Haut State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  6. ^ Gorman, Carolyn Portier; Schultz, Deborah. Barataria-Terrebonne National Estuary Program–Tour Guide. m/s. 20. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 12 Ogos 2011. Dicapai pada 18 Mac 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ a b Louisiana Conservationist. 40–42. Suruhanjaya Hidupan Liar dan Perikanan, Louisiana. Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan. 1988. Bayou Segnette State Park in Jefferson Parish and Lake Fausse Pointe State Park in Iberia Parish since the grand opening in 1987 have been very popular.
  8. ^ "Bayou Segnette State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  9. ^ a b "Bogue Chitto State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  10. ^ Derry, Jim (4 Ogos 2010). "Bogue Chitto State Park near Franklinton set to open at the end of this month". The Times-Picayune. New Orleans, Louisiana: Advance Publications. Dicapai pada 14 Februari 2011.
  11. ^ Baca, Keith (1 Jun 2007). Native American place names in Mississippi. University Press of Mississippi. m/s. 10. ISBN 978-1-57806-955-2.
  12. ^ a b c 2009 Wall Calendar–75 Years of Celebrating Louisiana's Treasures and Making Memories. Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. 2009.
  13. ^ a b c "Louisiana State Parks Brochure" (PDF). Louisiana State Parks. Dicapai pada 21 Julai 2017.
  14. ^ a b "Chicot State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-19. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  15. ^ a b "Cypremort Point State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  16. ^ "Weekend with Nick". 19 Januari 2009. Dicapai pada 23 April 2012.
  17. ^ DeHaan, Vici (April 1996). State Parks of the South: America's Historic Paradise : A Guide to Camping, Fishing, Hiking, & Sightseeing. Johnson Books. m/s. 192. ISBN 978-1-55566-167-0.
  18. ^ a b "Fairview-Riverside State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 30 Mac 2012.
  19. ^ a b "Fontainebleau State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  20. ^ a b Adams, Nixon (5 November 2009). "Northshore Conifer–It Is What It Was". Northshore Conifer. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2011. Dicapai pada 18 Mac 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  21. ^ Frois, Jeanne; Calhoun, Milburn (31 Mei 2006). Louisiana Almanac: 2006-2007 (ed. 17). Pelican Publishing. m/s. 58. ISBN 978-1-58980-306-0.
  22. ^ "Make a Weekend Stop to Grand Isle State Park". Houma, Louisiana: Gumbo Entertainment Guide. 6 Julai 2011. Dicapai pada 11 April 2012. Nestled in the northeastern portion of the only inhabited barrier island in the state, Louisiana purchased the 150-acre park in 1968.
  23. ^ "Facebook–Grand Isle State Park". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 11 April 2012. The park was purchased in 1968 by the State.
  24. ^ "Grand Isle Beach Reopens to Public". KTBS-TV. Associated Press. 25 Julai 2008. Dicapai pada 5 November 2017.
  25. ^ Smith 2007, p. 499.
  26. ^ "Jimmie Davis State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  27. ^ Felsher, John N. (Mei 2006). "The Changing Face Of Caney Lake". Game & Fish Magazine. Dicapai pada 1 April 2011.
  28. ^ Crawford, Andy (25 Mac 2010). "16-pound bass caught on Caddo, Louisiana record at stake". Dicapai pada 1 April 2011. The current state record is a 15.97-pounder landed by Greg Wiggins in 1994 while fishing Caney Lake.
  29. ^ a b c "Hodges Gardens State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2014. Dicapai pada 30 Januari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ a b Bergeron, Judy (7 November 2010). "Palmetto Island State Park opens in Abbeville". The Advocate. Baton Rouge, Louisiana. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2011. Dicapai pada 14 Februari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ "Palmetto Island State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 18 April 2012.
  32. ^ Sternberg, Mary Ann. The Pelican Guide to Louisiana (ed. 2). Pelican Publishing Company Inc. m/s. 160. ISBN 978-0-88289-901-5.
  33. ^ a b "St. Bernard State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 14 Februari 2011.
  34. ^ a b c "Sam Houston State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  35. ^ Smith 2007, p. 502.
  36. ^ "Poverty Point Reservoir" (PDF). Louisiana Department of Public Works and Water Resources.
  37. ^ "Poverty Point Reservoir State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 18 April 2012.
  38. ^ Louisiana State Parks–A Guide to Louisiana's State Parks, State Historic Sites and Preservation Areas Brochure. Louisiana State Parks. 2007.
  39. ^ "Lake Bistineau State Park". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2005. Dicapai pada 17 Mac 2011.
  40. ^ Otto, David (17 Ogos 2007). Insiders' Guide to Shreveport. Insiders' Guide. m/s. 127. ISBN 978-0-7627-5702-2.
  41. ^ Fonseca, Mary (8 Ogos 1996). Weekend Getaways in Louisiana. Pelican Publishing. m/s. 188. ISBN 978-1-56554-096-5.
  42. ^ "Wildernet.com–Lake Bruin State Park, Louisiana State Parks". Interactive Outdoors Inc. Dicapai pada 18 April 2012.
  43. ^ "Lake Bruin State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 18 April 2012.
  44. ^ Herring, Susan. "Claiborne Parish Lakes and Recreation Areas". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2010. Dicapai pada 14 Februari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  45. ^ Outdoor Recreation Action. United States. Bureau of Outdoor Recreation. 1974. m/s. 67.
  46. ^ "Lake Claiborne State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 18 April 2012.
  47. ^ a b "Lake D'Arbonne State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 17 Januari 2011.
  48. ^ "Fall General Meeting at Lake D'Arbonne" (PDF). Pack & Paddle. Ozark Society (Summer): 7. Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 Februari 2010. Dicapai pada 31 Mac 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  49. ^ a b "Lake Fausse Pointe State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-09. Dicapai pada 16 Januari 2011.
  50. ^ a b Herndon 2003, p. 165.
  51. ^ Gomez, Ms. Gay M. (9 Oktober 2008). The Louisiana Coast: Guide to an American Wetland. Texas A&M University-Corpus Christi. m/s. 161. ISBN 978-1-60344-033-2.
  52. ^ a b c "South Toledo Bend State Park–Louisiana Office of State Parks". Louisiana: Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 30 Januari 2011.
  53. ^ a b "North Toledo Bend State Park–Louisiana Office of State Parks". Pejabat Taman Negeri; Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  54. ^ Louisiana State Parks Crossroads Brochure. Louisiana State Parks. 2007.
  55. ^ Louisiana statewide comprehensive outdoor recreation plan: Information base for executive decision, 1993-1998. 1. Division of Outdoor Recreation. 1994. North Toledo Bend State Park has been developed and has been operational since 1987.
  56. ^ "North Toledo Bend (WMA)". Austin, Texas: Texas Parks and Wildlife Department. 21 April 2009. Dicapai pada 13 Jun 2011.
  57. ^ a b "Office of State Parks–Jimmie Davis State Park". Jabatan Budaya, Rekreasi dan Pelancongan Louisiana. Dicapai pada 18 Mac 2011.

Bacaan lanjut

  • Smith, Darren L. (30 Mei 2007). Gill, Kay (penyunting). Parks Directory of the United States (ed. 5). Omnigraphics, Inc. ISBN 978-0-7808-0018-2.
  • Herndon, Ernest (15 April 2003). Canoeing Louisiana. University Press of Mississippi. ISBN 978-1-57806-426-7.

Pautan luar